TERENGGANU 3M

Thursday, October 22, 2009

SEJARAH & LAGENDA



SEJARAH NAMA TEMPAT: Menurut cerita nya, pada dahulu kalanya terdapat banyak pokok-pokok depu yang tumbuh diantara sebuah bukit yang terdapat di kawasan itu. Pokok depu tersebut sering digunakan oleh penduduk setempat untuk membuat tali gasing, dan untuk merawat budak kecil yang sering menangis. Kini, pokok tersebut telah tidak terdapat lagi dikawasan ini. Di Bukit Depu ini terdapat kawasan yang dinamakan sebagai Bukit Batu Putih, Bukit Gajah dan Bukit Zainal.


PERISTIWA BANJIR BESAR AIR MERAH: Mengikut cerita daripada penduduk setempat, Bukit Depu pernah dijadikan tempat perlindungan daripada ramai penduduk dari sekltar Kuala Terengganu daripada kejadian bah besar yang suatu ketika dahulu melanda Kuala Terengganu. Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar lebih kurang 100 tahun yang lampau.


SURAU PAK TEH EMBUNG: Surau ini telah dinamakan penduduk setempat sebagai 'Surau Pak Teh Embung'. Terdapat tiga orang yang teriibat dalam membuat surau tersebut iaitu Khatib Ismail Bin Mohd, Haji Muhammad Amin Bin Abdullah dan Pak Teh Embung Bin Bilal Daud. Manakala tanah dimana berdirinya surau tersebut telah diwakafkan oleh Allahyarham Dato' Haji Wan Long Ladang.


BUKIT BATU PUTIH: Terdapat berbagai kejadian aneh serta misteri yang beriaku ditempat ini. Telah dikhabarkan bahawa dahulunya terdapat empat ketulan batu bewarna putih yang berada dikawasan ini. Diantara batu-batu tersebut terdapat ronga dimana air akan bertakung dan terdapatnya ikan sekila didalamnya. Ikan tersebut akan ghaib apabila penduduk cuba mengambilnya. Disamping itu juga, penduduk menceritakan sering berjumpa dengan seorang perempuan yang berambut panjang dan sekiranya ditegur, perempuan tersebut akan ghaib dan orang yang menegurnya akan sering disampuk dan tidak sedarkan diri sehinggalah dipulihkan oleh orang-orang tertentu di tempat ini.Orang yang sering mengubati penduduk yang tersampuk waktu dahulu ialah Allahyarham Pak Teh Embong.

Di atas bukit tersebut juga terdapat beberapa kubur lama yang tidak diketahui milik siapa. Diantaranya termasuklah sebuah kubur yang berukuran lebih panjang dari biasanya. Pernah menjadi perbualan hangat penduduk setempat apabila sebuah kejadian dimana sekumpulan pemuja nombor ekor telah lari lintang-pukang apabila telah bertemu dengan seekor katak sebesar kereta di atas bukit tersebut ketika apabila melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Kebanyakan daripada penduduk setempat berpendapat bahawa katak besar tersebut hanyalah merupakan jelmaan dari makhluk halus yang tinggal dl atas bukit tersebut. Namun begitu, hanya Allah yang Maha Mengetahui dan sesuatu yang beriaku adalah atas Keizinan serta KehendakNya jua.


BUKIT BATU GAJAH: Dahulunya terdapat bentuk batu yang merupai seekor gajah cukup dengan sifatnya yang terdapat dikawasan ini. Namun ianya telah dimusnahkan apabila terdapat projek perumahan dikawasan ini. Menglkut ceri+anya pihak kontraktor telah mendapat perbagai rintangan dan kesusahan dalam merobohkan bukit dimana batu gajah tersebut berada sehinggakan mata jentera yang digunakan telah patah dan rosak beberapa kali.


KUBUR MEK COMEL: Terdapat sebuah kubur yang menjadi lagenda penduduk setempat di kawasan ini dimana kubur tersebut dipercayai milik seorang wanita yang mati dibunuh suatu ketika dahulu. Wanita malang tersebut dikatakn memiliki rupa paras yang sangat cantik dan menjadi rebutan ramai lelaki. Disebabkan wanita tersebut telah melayani ramai lelaki sehinggakan timbul cemburu di antara lelaki tersebut dan menyebabkan beliau telah mati dibunuh. Dikhabarkan mayat wanita tersebut telah dikerat-kerat dan ditanam di lereng bukit antara Bukit Depu dan Bukit Bayas kini berada.


RUMAH MISTERI: Terdapat sebuah rumah batu ditempat ini yang dikatakan sebagai rumah aneh & misteri kerana banyak kejadian aneh beriaku kepada penghuni rumah tersebut dahulunya yang sering diceritakan oleh penduduk setempat.



SUMBER CERITA



Allahyarham Embung Bin Yusof
(Pak Embong Tukang Urut / Ketua Kampung)

Kg. Bukit Depu